Pages

WELCOME MOVE TEXT

TAGS

Achievement (11) Arts (7) Banjir (1) bisness (1) Blog (6) bloggerapp (1) Cadbury (1) Cats (2) CFSIIUM (3) Education (14) English (6) family (5) Food (2) Friends (14) Fun (16) Hostel (9) Islam (3) Kek (1) Knowledge (11) kolej (1) life (1) Money (1) News (2) outing (1) Random (1) Recipe (2) remaja (2) Resipi (1) result (1) screenshot (1) sebabmusabab (1) Sports (4) sukasuki (1) Tips (3) Trend (3) UIA (4) World (4)

LIKE ME, LIKE YOU

TWEETED

ENTRY ABOUT?

Thursday, May 2, 2013

Anugerah Q

Beside me : Hidayah (The Best Student SPM 2012)


Assalamualaikum, lama dah kot tak update blog ni walaupun takde orang yang baca hmm. saya pun tak tahu la macam mana nak cakap, masa sekolah dulu rajin pulak car masa nak update blog. tapi sekarang dah terlebih masa pulak, tapi sangat malas untuk menaip.

Di sini saya cuma nak share tentang kejayaan dalam SPM. Alhamdulillah, walaupun saya tak berjaya capai target untuk SPM 2012,tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya dapat sekarang. Nak cerita tentang Anugerah Q yang diadakan di sekolah kesayangan saya baru-baru ini bulan April/14 (barulah sangat kan). Tak kesahlah asalkan saya dapat serta majlis graduasi tu. Majlis ini hanya untuk 6A> ,tapi tahun tahun lepas untuk 5A ke atas. Jadi saya tahu mesti yang dapat 5A tu sedih kerana mereka berharap sangat dapat sertai sama majlis ni. Oleh sebab tahun ni hanya untuk 6A keatas , so mereka tak dapat lah sertai.Tapi seriously, bila dah pakai jubah tu, duduk dalam dewan, saya rasa macam dah graduate from u lah. Lain sangat suasananya. It's like "waaaaa ~". Lepas tu, cikgu nyanyi lagu Standing In The Eyes Of The World. Masa tu rasa sebak, berairlah mata sikit. Maaf,emosi sikit. Dan kepada yang tak dapat sertai bersama, saya harap kalian jangan sedih sangat. Hmmm, nak buat macam mana kan ,dah tak ada rezeki. Mungkin hari tu bukan hari korang, tapi percayalah suatu hari nanti, kalau diizinkan-Nya korang akan dapat rasa benda tu :)

Bercakap tentang rezeki ni, Alhamdulillah sekali lagi sebab saya dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) Sebenarnya tak mintak pun KMNS ,tapi entahlah. Ada je yang dapat result baik tapi tak dapat matrik. Jangan risau kawan kawan adik adik, rezeki ada di mana-mana. Saya pun tak pasti lagi nak pergi matrk atau tak,tapi lebih baik terima dulu tawaran tu (maksud saya klik dekat terima pngesahan tawaran tu) sebab ia tak menjejaskan upu pun. Jangan risau. Budak sekolah saya ramai yang dapat KMNS ,majoriti budak kelas saya sendir pun dapat sana. Saya berniat nak sambung belajar di asasi, sekarang ni tengah menunggu keputusan upu lah ni. berdebar jugak lah kan. haha. Semoga saya dapat yang terbaik dan semoga Allah mempermudahkan urusan saya ,dan kawan kawan InsyaAllah.

3.00am 050213

No comments:

Post a Comment

so, what do you think about this post?